LATIH TUBI
HTML Hit Counter
Hit Counter
ONLINE
Tips penjagaan komputer
Thursday 9 July 2009

Disini terdapat beberapa tips ringkas sebagai panduan asas untuk melindungi komputer anda dari serangan virus. Yang paling penting, kita perlu berhati-hati dengan kebijakkan virus kini yang mempunyai pelbagai cara terkini untuk menyelinap masuk ke komputer kita. Seperti kata pepatah “mencegah lebih baik dari mengubat”.

Tips untuk melindungi komputer daripada virus

1) Pastikan anda memasang perisian antivirus yang berkesan ke dalam cakera keras komputer. Selain itu, anda hendaklah membuat aturan / setting terbaik pada perisian antivirus tersebut untuk memastikan ianya dapat menghalang segala aktiviti yang dilakukan oleh virus tersebut.

2) Pastikan definisi / database virus perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini.

3) Pastikan anda sentiasa lakukan imbasan cakera keras secara berterusan untuk tempoh-tempoh tertentu.

4) Berhati-hati dengan fail yang dihantar menerusi emel. Jangan buka fail tersebut jika anda tidak tahu daripada siapa emel tersebut. Jika anda tidak pasti samada benar rakan anda menghantar emel, tanyalah mereka terlebih dahulu sebelum menerimanya.
Paling mudah jika tak tahu apa isinya, padam sahaja emel tersebut.

5) Jangan masuki ruangan borak di dalam web yang membenarkan anda memindah terima fail. Pengodam (hackers) pasti akan menyamar di dalamnya dan menghantar anda fail yang tidak berguna.

6) Simpan salinan (backup) dengan kerap. Jika virus berjaya menjangkiti komputer anda, maka ia boleh merosakkan cakera keras anda. Dengan itu anda hendaklah melakukan salinan kandungan fail-fail penting sekerap yang mungkin.

posted by RIZNOAL @ 18:08  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Name: RIZNOAL
Home:
About Me:
See my complete profile

BLOGGER

BlogMalaysia.com

© MAFIA Mafia Templates by MafiaDesignz Link www.skpekansatu.blogspot.com